Ukhwah Fillah

Rabu, 26 Oktober 2011

Kita 1 Tujuan


Kita satu visi
Kita satu matlamat
Kita satu hijrah
Walau berbeza bunyi
Kita satu tujuan

Kita berlainan bangsa
Kita berlainan umur
Kita berlainan adat dan budaya
Namun kita tetap sama
Kita satu tujuan

Kita bertuhankan Tuhan yang sama
Pencipta yang satu
Walau berbeza mengikut kepercayaan masing-masing
Namun kita sama-sama mencari satu tujuan
Matlamat kita sama
Mencari kebenaran
Mencari keadilan
Mencari kebaikan

Kita sama-sama berjuang
Walau tergelincir walau terjatuh
Takdir tertulis tiada yang tahu
Itu urusan Allah swt

Cekalkan hati tegakkan kebenaran
Allah pasti tunjukkan jalan-Nya
Tegakkan mujahadah
Janji dikotakan
Impian tersimpan
Harus terlaksana
Menyeru kebaikan
Mencegah kemungkaran
"amar makruf nahi mungkar"
Itu janji kepada yang satu

Berjaya atau tidak
Bukan terletak ditangan kita
Sehebat mana kita
Sekagum mana pandangan orang pada kita
Jika Allah swt tidak mencampakkan iman
Kedalam hati mereka yang diseru
Mereka akan tetap berada dalam kegelapan
Terus berusaha
Itu yang disuruh
Syurga menanti pasti milikmu..










Selasa, 25 Oktober 2011

Panduan tidak SOMBONG..ANGKUH dan BURUK SANGKA




Beberapa panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat Sombong, Angkuh dan Buruk Sangka
1) Jika kita berjumpa dengan Kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka Belum Banyak Melakukan Dosa daripada kita
2) Apabila bertemu dengan Orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka Sudah Lama Beribadat
3) Jika kita berjumpa dengan Orang Alim(Berilmu), a...nggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana Banyak Ilmu yang Mereka Pelajari dan Ketahui
4) Apabila bertemu dengan Orang Jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka Melakukan Dosa dalam keadaan Jahil(Tidak Mengetahui)
5) Jika kita berjumpa dengan Orang Jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin satu hari nanti mereka akan Insaf dan Bertaubat daripada Melakukan Dosa
6) Apabila bertemu dengan Orang Kafir, katakan di dalam Hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi Hidayah oleh Allah untuk Memeluk Agama Islam, maka segala Dosa mereka akan Diampunkan oleh Allah



Tunaikanlah Solat




assalamualaikum semua..
hari ini ana na kongsikan ilmu tentang shalat..
selamat membaca..^_^
Shalat adalah ibadah teragung, hadir setelah ikrar dua kalimat syahadat, satu-satunya ibadah yang tidak menerima alasan 'tidak mampu', wajib dikerjakan dalam keadaan apa pun selama hayat masih dikandung badan dan akal masih bekerja dengan baik, pembatas antara seseorang dengan kekufuran dan kesyirikan, tidak heran jika suatu ibadah dengan kedudukan seperti ini merupakan salah satu kunci surga.
Jika menjaga shalat adalah kunci surga, maka sebaliknya menyia-nyiakannya adalah gerbang neraka, ketika para pendosa dicampakkan ke dalam neraka, mereka ditanya, apa yang membuat kalian tersungkur ke dalam neraka? Mereka menyebutkan rentetan dosa-dosa yang diawali dengan meninggalkan shalat. Allah Subhanahu waTa'ala berfirman, artinya, "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?' Mereka menjawab, 'Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat." (QS.al-Muddatstsir: 42-43).


Perkara menyia-nyiakan shalat tidak jarang terjadi pada kaum muslimin secara umum dan kaum muslimat secara khusus, banyak alasan dan hal yang membuat mereka terjerumus ke dalam perbuatan tidak terpuji ini, di antara mereka ada yang menyia-nyiakan shalat karena malas dan meremehkan, di antara mereka ada yang terlalaikan oleh kesibukan hidup, sibuk bekerja, sibuk memasak, sibuk mengurusi rumah tangga, sibuk mengurusi anak-anak dan suami, sibuk dengan kegiatan-kegiatan lainnya sehingga ibadah shalat terbengkalai, padahal ibadah shalat tidak menerima alasan apa pun yang membuatnya tersia-siakan, dan Allah Subhanahu waTa'ala telah memperingatkan kaum muslimin agar tidak terlalaikan oleh dunia dari mengingatNya, termasuk mengingatNya melalui ibadah shalat.
Firman Allah Subhanahu waTa'ala, artinya, "Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi." (QS. al-Munafiqun: 9).

Menjaga shalat lima waktu mencakup menjaga waktunya dalam arti melaksanakannya tepat waktu, tidak menundanya dan mengulur-ulur waktunya sampai waktunya hampir habis, atau bahkan membiarkannya habis, ini adalah shalat orang-orang munafik, dan seorang muslimah tidak patut bermental munafik dalam ibadah shalat.

Menjaga shalat mencakup menjaga syarat-syarat dan rukun-rukunnya di mana shalat tidak sah tanpanya, menjaga wajib-wajib dan sunnah-sunnahnya yang merupakan penyempurna bagi ibadah shalat, semua ini menuntut seorang muslimah untuk belajar dan membekali diri dengan ilmu yang shahih tentang shalat. Tanpa ilmu yang shahih tidak akan terwujud menjaga shalat.









TIPS BUAT LELAKI




Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan…

Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu…

Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu…

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu…

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu…

Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya…

Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu…

Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu…

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?


MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

“Kau adalah kawan karibku.”

“Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu.”

“Kau dah seperti abang kandungku.”

“Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit.”

“Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu.”

“Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri.”

“Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu”.

“Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain.”




TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?

TIDAK!!!

Andai seorang perempuan itu datang…

Dan hanya dirimu pengawal gelanggang…

BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR

GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR

TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!

Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,

Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,

Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,

Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,

Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,

Andai seorang perempuan itu datang…

Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang…

Andai seorang perempuan itu datang…

JANGAN BIARKAN CINTA FITRAH ITU MENJADI FITNAH!